Sunday, November 30, 2008

Perasmian Blog My_SPOREs


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sebenarnya agak lambat juga kami menceburi bidang blogging ini. Perniagaan ini telah pun bermula sejak enam bulan yang lalu. Saya pula masih baru dalam bidang ini berbanding rakan saya saudara Azli. Kami membuat blog ini dengan harapan dapat mempelajari lebih banyak lagi ilmu tentang cendawan dan berkongsi sama dengan ilmu yang ada. Oleh itu, jika ada sebarang kesilapan dalam apa yang dipaparkan di dalam blog ini, diharap rakan-rakan dapat membetulkannya.