
Hari ini saya menghadiri mesyuarat di Bemban sebagai peserta projek cendawan oleh jabatan pertanian. seramai 4 peserta yang akan menyertai projek cendawan dan 2 peserta di dalam projek asas tani.
mesyuarat ini dikendalikan oleh pegawai pertanian, En Adib. Walaupun projek cendawan pernah diadakan di balai ini dahulu, tetapi ditinggalkan dan rumah cendawan serta bahan2 terbengkalai begitu sahaja.
Dengan peningkatan di dalam sektor tani kini, jabatan pertanian berusaha untuk merangsang minat usahawan dengan pembinaan 3 rumah cendawan yang baru. kami sebagai peserta yang telah memulakan perniagaan ini terlebih dahulu berasa bertuah dengan peluang seperti ini walaupun peralatan yang ada tidak dapat menampung keperluan keempat-empat peserta.
Diharap dengan pembabitan dan bantuan jabatan pertanian dalam sektor ini dapat merangsang lagi minat orang ramai untuk menceburi bidang ini.