Monday, January 12, 2009

Siapa ada Kucing?




Pada 2 bulan yang lalu, saya ada terjumpa sebuah kotak terbuang berisi anak-anak kucing di seberang jalan rumah saya. Anak-anak kucing itu dibiarkan di dalam kotak yang hanya dibekalkan semangkuk susu, sedangkan anak-anak kucing itu masih memerlukan ibu mereka kerana masih menyusu.

Untuk tinggalkan, tak sampai hati. Jika dibiarkan tentu akan mati kepanasan dan dahaga. Kucing adalah binatang kesayangan nabi. Saya juga sukakan kucing... Jadi saya pun mengambil kucing itu dengan harapan dapat membesarkannya walaupun sukar kerana mereka masih menyusu.

Saya ada seekor kucing yang juga pernah terbiar dan saya mengambilnya untuk dibela. Cocot namanya. Saya cuba menjaga anak2 kucing tersebut dan cuba sebolehnya agar Cocot dapat menerima anak2 kucing itu. Agar sukar juga.

Walaupun dengan jagaan yang rapi dan dengan pelbagai jenis botol susu dan susu diberikan, anak2 kucing ini memang sukar untuk hidup tanpa ibunya. Dan Cocot pula masih tak boleh menerima mereka. Akhirnya 3 daripadanya mati tanpa diketahui sebabnya. Tinggallah seekor yang nazak tetapi kali ini ia amat diberi perhatian. Cocot mula dapat menerima kucing yang terakhir ini. Daripada keadaan yang tenat, dengan penjagaan yang sangat rapi, kucing ini berjaya sihat semula dan dapat cocot pula semakin rapat dengannya. Seolah-olah naluri ibunya timbul walaupun Cocot masih belum setahun pun usianya, Cocot membawa anak kucing itu bermain bersama. Digendong selalu. Dan Sentiasa melihat anak kucing itu ketika anak kucing itu tidur di dalam bekas yang disediakan. Cocot bertambah aktif dengan kehadiran kucing lain sebagai temannya bermain.

Namun kegembiraan Cocot tak lama.. Pada suatu malam, Cocot tidur bersama anak kucing itu. Saya dapati anak kucing itu tidak bangat membuat bising. Tetapi apakan daya, anak kucing itu tidak dapat bernafas apabila cocot tertindih anak kucing tersebut ketika tidur. Saya Hanya perasan ketika menjenguk mereka setengah jam kemudian. Saya dapati cocor sedang lena tidur tetapi anak kucing itu pula hanya kelihatan kepalanya di sebelah cocot. rupanya tak panjang juga hayat anak kucing tersebut.

Saya terpaksa alihkan anak kucing tersebut. Selepas cocot bangun, dia seolah olah mencari-cari di mana temannya itu. dengan pelbagai bunyi, dan keluar masuk bekas anak kucing itu.

Sejak daripada itu, Cocot tak lagi berlari ke sana dan ke mari. Ia jatuh sakit dan batuk selalu. dan hanya tidur sepanjang hari. makan hanya kadang-kadang. Ada kala sehingga satu hari tak makan. hanya menghabiskan masa dengan tidur...

Moralnya... jika ada sesiapa yang membela haiwan, dan jika ada anak, biarkan dulu sehingga besar jangan dibuang begitu sahaja. Sebaiknya jika anda tak mahu peliharaan anda bertambah, hantar ke klinik haiwan untuk dikasikan. sekurang-kurangnya kita tak menyeksa haiwan.

Saya ingin bertanya pada rakan-rakan yang dekat dengan saya. Jika ada anak kucing yang anda tak mahu, boleh tak bagi pada saya? Saya nak jadikan teman cocot bermain. harap bukan masih menyusu. dan tak kisah apa jenis kucing. Saya dah dekat sebulan sebenarnya mencari kucing terbiar. dari taman sendiri, ke taman bersebelahan, dan pelbagai tempat. tetapi entahlah. mungkin orang kata bila tak dicari muncul, dan bila dicari tak pula kelihatan. Sekian, tamat post saya pada hari ini

1 comment:

Anonymous said...

salam, saya ada terjumpa kucing dan menjaganya..kini kucing itu meranak 5..saya sangat sayangkan mereka dan mengasihani mereka..jiran tertangga tidak dapat menerima bau tahi kucing yang saya bela sehingga hubangan antara kami tidak sebaik dulu..saya tidak sampai hati untuk membuang kucing2 itu..adakah tempat anda menerima kucing..saya tidak minta apa-apa balasan..cuma mahu kucing itu tidak terbiar kelaparan.bolehkan saya menghantar kucing ke tempat anda.? dan di mana alamatnya?